70 cawangan Umno dakwa salah laku pada pemilihan bahagian Kota Kinabalu

0
151

KIRA-kira 70 cawangan Umno di bahagian Kota Kinabalu mahu Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) menyiasat dakwaan salah laku ketika pemilihan bahagian itu baru-baru ini.

Zulfikar Zulkifli, jurucakap bagi 70 cawangan yang mempunyai kira-kira 10,000 ahli, mendakwa ramai ahli dipindahkan ke cawangan lain tanpa dimaklumkan, menyebabkan mereka tidak layak mengundi dalam pemilihan.

Beliau turut mendakwa senarai calon bagi cawangan tertentu diubah tanpa pengetahuan mereka.

Katanya, mereka sudah membuat laporan kepada pimpinan pusat dan negeri Umno, tetapi tiada tindakan diambil.

“Kami menggesa JPPM segera menyiasat perkara ini kerana saya percaya ia kesalahan jenayah dan kami mahu mengenal pasti pelakunya,” katanya menurut Borneo Post.

Beliau tetap setia kepada Umno, tetapi perkara itu perlu diselesaikan supaya bahagian Kota Kinabalu boleh fokus memberi khidmat kepada rakyat.

“Kami tidak meminta layanan istimewa. Kami hanya mahu pemilihan semula dijalankan secara adil, mengikut peraturan dan undang-undang negara.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here