Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Reezal Merican disebut-sebut bakal dilantik Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang -

Reezal Merican disebut-sebut bakal dilantik Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang

BEKAS  Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mungkin dilantik Timbalan Ketua Menteri I dalam kerajaan Pulau Pinang pimpinan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN).

Portal FMT melaporkan, bagaimanapun pelantikan Reezal Merican yang memenangi kerusi DUN Bertam Sabtu lalu, mungkin menimbulkan rasa tidak puas hati PKR.

Sumber memberitahu, azimnya, dua jawatan Timbalan Ketua Menteri – untuk mengiktiraf rakan tadbir kanan dan kumpulan etnik utama – sebelum ini dikhaskan kepada PKR dan DAP. Ia juga lazimnya diberikan kepada orang Melayu dan India.

Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Bakhtiar Wan Chik menafikan Reezal Merican akan dilantik ke jawatan itu selepas poster ucapan tahniah atas pelantikannya tersebar dalam media sosial kerana tiada keputusan dibuat setakat ini.

Sebelum ini, timbul spekulasi jawatan Timbalan Ketua Menteri I akan diberikan kepada ADUN Batu Maung Mohammad Abdul Hamid atau ADUN Prai S Sundarajoo.

Seorang wakil rakyat PKR biasanya diberikan jawatan itu, manakala yang kedua dikhaskan untuk ADUN DAP.

Seorang pemimpin PKR yang enggan dinamakan berkata, salah satu cara untuk menenangkan UMNO dan PKR dalam hal ini adalah menghapuskan kedua-dua jawatan itu dan mencontohi cara Selangor yang mengiktiraf rakan tadbir kanan melalui gelaran “Exco Kanan”.

Sumber PKR berkata, pilihan lain ialah mencontohi Sabah dengan memperkenalkan Timbalan Ketua Menteri ketiga.

Malam tadi, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengesahkan seorang ADUN BN akan menganggotai kerajaan Pulau Pinang. Penyertaan seorang  ADUN BN mungkin memberi impak kepada nisbah dalam barisan 10 Exco Pulau Pinang. Sejak 2008, tujuh daripada Exco itu dari DAP, manakala tiga lagi dari PKR.

Sumber memberitahu FMT, portfolio tanah hampir pasti dipegang Ketua Menteri, mengikut kelaziman. Portfolio utama lain seperti Kerajaan Tempatan, Perumahan, Pengangkutan dan Utiliti Awam dijangka diberikan kepada ADUN DAP. Hal Ehwal Islam sebelum ini diberikan kepada wakil rakyat PKR.