Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis buka dua kertas siasatan kes kanak-kanak dikasari penjaga tadika -

Polis buka dua kertas siasatan kes kanak-kanak dikasari penjaga tadika

POLIS membuka dua kertas siasatan berhubung insiden seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dikasari penjaga tadika yang videonya tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata pada Selasa lepas pihak polis telah mengesan satu rakaman video mengenai kejadian itu dan siasatan awal mendapati ia berlaku di sebuah tadika di Luyang, Kota Kinabalu.

Beliau berkata ibu bapa mangsa telah dimaklumkan oleh anak mereka bahawa dirinya dikasari penjaga berusia 27 tahun itu sehingga mendapat kesakitan di beberapa bahagian tubuhnya.

Katanya ibu bapa mangsa juga telah melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tadika itu.

“Setakat ini pihak polis telah menerima tiga laporan polis iaitu daripada ibu mangsa, pengusaha tadika dan penjaga itu yang juga mendakwa telah dikasari oleh bapa mangsa. Mangsa dan suspek telah dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth II untuk pemeriksaan doktor,” katanya.

Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Video berdurasi 2 minit 12 saat itu menunjukkan seorang wanita dipercayai penjaga tadika itu menendang seorang kanak-kanak sebelum memarahi dan mengasarinya dengan disaksikan kanak-kanak lain yang berada di situ. –Bernama