Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kain rentang fitnah, PN Selangor tempelak pihak tak bertanggungjawab -

Kain rentang fitnah, PN Selangor tempelak pihak tak bertanggungjawab

PERIKATAN Nasional (PN) Selangor menafikan terlibat dengan pemasangan kain rentang berunsur fitnah yang dikesan awal pagi tadi di negeri itu.

Setiausaha PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata pihaknya berjaya mengesan kain rentang dengan mesej fitnah yang dipasang di beberapa kawasan di Selangor.

Kain rentang dimaksudkan tertera mesej ‘undi PN bersamaan undi PAS masuk syurga’ dan ‘orang muda akan rosak dan sesat jika undi Kerajaan Perpaduan’.

Beliau menyelar tindakan pihak tidak bertanggungjawab tersebut dan memaklumkan akan membuat laporan polis.

“Kami dapat kesan pagi tadi, dinaikkan di seluruh negeri Selangor. Kita dalam pentas demokrasi patut lawan secara demokratik tapi keluar benda-benda yang jahat seperti ini. Kita akan buat laporan (polis) berkenaan perkara ini.

“Kita nak rakyat negeri tahu, bahawa mereka dah tidak boleh menghadapi kita dengan baik maka mereka guna taktik seperti ini,” katanya dalam sidang media khas, hari ini.

Menurutnya, cubaan mengeluarkan kain rentang fitnah itu seolah-olah menggambarkan PN yang menaikkan mesej tersebut.

“Macam kita pula yang keluarkan poster ini. Tiada dalam agenda kita untuk buat macam ini. Kita tak perlu pun buat kerja macam ini.

“Saya tak kata dari Pakatan Harapan, tapi dari pihak musuh yang nak mengadu domba dan memecah-belahkan masyarakat,” katanya.

Roslan turut berharap polis akan membuat siasatan terhadap perkara itu bukan sekadar mengawal kempen PN.

“Jangan hanya jaga ceramah dan kempen PN tetapi ambil tindakan juga terhadap perkara-perkara seperti ini.

“Kami akan buat laporan dan harap pihak polis ambil tindakan terhadap kerja-kerja yang jahat dan tidak demokratik ini,” katanya.