Projek ECRL: Kenapa tidak beritahu kami sendiri, soal penduduk

0
435

KOMUNITI Taman Rawiyah Sulaiman Jaya (TRS) di Utara Gombak terkilan apabila hanya mengetahui kawasan perumahan mereka terbabit dalam projek membina depo dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dua minggu lalu.

Lebih memilukan, berita itu hanya diketahui dari ketua kampung Sungai Cincin selepas kedatangan Menteri Besar, Datuk Seri Amiruddin Shari ke kampung berkenaan bagi mengumumkan kelulusan bajet Masjid Makam Wali.

Penduduk, Muhammad Yusof Sulaiman, 33 mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang tidak mengikut saluran sebenar untuk tujuan berkenaan.

“Kami penduduk agak sedih kerana pihak terbabit khususnya kerajaan negeri mahupun Majlis Perbandaran Selayang tidak menggunakan saluran yang betul untuk memberitahu perkara ini.

“Kenapa MB hanya memberitahu melalui kampung Sungai Cincin sahaja sedangkan mengikut pelan projek ECRL ada 13 kampung akan terbabit termasuk TRS,” katanya ketika ditemui SatuBerita pada Isnin.

Menurut Yusof, kebimbangan mula menghantui penduduk apabila berlaku pencerobohan oleh pihak tertentu dipercayai wakil pemaju projek berkenaan sejak beberapa tahun lalu.

“Mereka masuk ambil gambar dan ukur tanah secara ‘curi-curi’.

“Apabila kami dapat tangkap dan soal siasat, ternyata mereka bukan warganegara tempatan, tetapi warga China yang tidak tahu berbahasa Melayu atau Inggeris.

“Mujur saya pandai berbahasa Mandarin dan faham apa mereka cuba terangkan. Saya difahamkan mereka diupah oleh pemaju dari China Construction Communication (CCC) untuk masuk ke tempat kami,” katanya.

Difahamkan, setakat ini sudah dua kampung iaitu Batu 7 dan Batu 12 menerima notis daripada pemaju untuk mengosongkan rumah dalam tempoh 30 hari.

Mohd Isa Ismail, 62 pula berkata, dia sudah menetap di Taman Rawiyah Sulaiman selama 30 tahun dan antara orang pertama yang menduduki kawasan ini.

“Ketika itu taman ini hanyalah hutan belantara yang dipenuhi semak samun serta tiada sebarang bekalan elektrik dan api.

“Kami ambil masa enam tahun turun naik mahkamah untuk membuka laluan jalan masuk di kawasan ini.

“Tiba-tiba hari ini ada pihak mahu rampas tanah kami tanpa mengikut prosedur atau surat hitam putih.

“Kenapa mesti pihak pemaju yang mencari kami, kenapa bukan pihak kerajaan negeri melalui agensi yang tepat sepatutnya menghubungi kami dan berbincang dahulu dengan penduduk,” katanya.

Penduduk, Mohd Isa Ismail

Suri rumah, Normala Zakaria, 57 berkata, dia tidak mahu sebarang pampasan atau ganjaran sebagai ganti kepada tanah dan kediaman mereka.

“Saya tidak mahu apa-apa, saya hanya mahu kawasan ini dikekalkan dan jangan kacau perumahan kami.

“Pampasan sebanyak mana pun tidak boleh ganti segala perit jerih dan kudrat kami ketika mula-mula menduduki kawasan ini.

“Bagitu juga dengan persekitaran, kerjasama dan bersatu hati kami penduduk di sini yang tidak boleh ditukar ganti,” katanya.

Pekerja bukan warganegara tempatan tetapi warga China tidak mampu bertutur
Penduduk Taman Rawiyah Sulaiman (TRS) ‘dikunjungi’ wakil pemaju projek
Kebimbangan mula menghantui penduduk apabila berlaku pencerobohan oleh pihak tertentu dipercayai wakil pemaju projek
Rombongan pemaju diiringi oleh pihak polis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here