‘Dato Malik’ bebas dengan jaminan

0
203

ABDUL Malik Dasthigeer, atau lebih dikenali “Dato Malik”, dibebaskan dengan jaminan.

Ahli perniagaan itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pagi semalam mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Amla).

“Beliau dibebaskan tengah hari tadi,” kata sumber SPRM, lapor FMT.

Malik, yang juga pengasas dan pengerusi Malik Group of Companies, terkenal membawa artis dari India untuk membuat persembahan konsert Tamil di Malaysia.

Malik Group of Companies terdiri daripada Malik Streams Corporation Sdn Bhd, Malik Maju Sdn Bhd, Malik Streams Properties Sdn Bhd, Malik Streams Antenna Movies Sdn Bhd, dan Malik Streams Production & Distribution.

Semalam, media melaporkan SPRM akan memanggil bekas menteri untuk membantu siasatan melibatkan Malik.

Gambar M Saravanan bersama Malik yang dikongsi secara meluas telah mencetuskan khabar angin bahawa SPRM akan memanggil bekas menteri itu untuk disoal siasat.

Bagaimanapun, Saravanan berkata adalah bukan satu jenayah bagi mana-mana ahli perniagaan untuk bergambar dengannya, sama seperti ramai orang lain ketika dia keluar di khalayak ramai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here