Kerjasama UMNO, DAP tidak mampu bertahan lama – Noh

0
151

BEKAS pemimpin veteran UMNO, Tan Sri Noh Omar menjangkakan kerjasama UMNO bersama DAP dalam Pakatan Harapan (PH) tidak akan mampu bertahan lama.

Noh yang dipecat UMNO dan kini menyertai Perikatan Nasional (PN) berkata sejarah sudah membuktikan sebelum ini tiada mana-mana parti Melayu yang akan dapat bertahan lama dengan DAP kerana tidak tahan dengan tuntutan parti tersebut.

“…. Dan saya salah seorang yang tak bersetuju bila bawa dalam mesyuarat Majlis Tertinggi untuk UMNO nak kerjasama dengan Pakatan Harapan.

“Saya tak bersetuju. Saya cakap dekat setengah jam, saya berhujah. Saya kata fikirlah, tak ada mana-mana parti yang berteraskan Melayu ini yang boleh lama dengan DAP,” katanya semasa berucap pada ceramah PN di Sungai Burong malam tadi.

Bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu berkata kerjasama parti Melayu seperti Semangat 46, PAS dan Bersatu dengan DAP sebelum ini berakhir dengan kegagalan dan akhirnya terpaksa menamatkan hubungan politik.

“…Akhirnya kawan dengan DAP kena kencing. Betul? PAS pun sama. Bersatu semasa Tun Dr Mahathir Mohamad pun tidak boleh tahan dengan DAP,” katanya lapor portal AgendaDaily.

Noh juga membidas pihak pengkritik yang menuduhnya sebagai pengkhianat kerana menentang UMNO sekarang, walhal realitinya pengkhianat sebenar adalah Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Perhimpunan Agung UMNO dan putuskan No Anwar, No DAP… Tiba-tiba Presiden UMNO boleh paksa tandatangan sebagai Ahli Parlimen surat akuan bersumpah (SD) supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri.

“Saya kata, gila apa engkau ini? Baharu sahaja kata No Anwar, No DAP tapi sekarang suruh saya tandatangan sokong (Anwar).

“Jadi siapa pengkhianat sebenar? Saya ke pengkhianat?” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Zahid membawa UMNO bekerjasama dengan PH yang terdapatnya DAP dan memberi sokongan kepada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri (PMX).

Tanpa sokongan Zahid, sudah pastinya Anwar tidak dapat menjadi PM dan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Zahid ketika ini sedang berdepan 47 pertuduhan kes rasuah yang masih lagi dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here