Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Ketua Penerangan UMNO Kedah calon BN di Tanjung Dawai -

Ketua Penerangan UMNO Kedah calon BN di Tanjung Dawai

BEKAS Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin hari ini dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Dawai dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Pengumuman nama Shaiful yang juga bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah sewaktu beliau menjadi Menteri Besar, diumumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Ketika ini Shaiful Hazizy memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan UMNO Negeri.

“Dengan mandat yang diamanahkan oleh Pengerusi BN, maka diumumkan calon bagi kerusi DUN N26 Tanjung Dawai ialah Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin. BN merakamkan penghargaan kepada Pakatan Harapan atas semangat perpaduan memberikan laluan kepada BN untuk bertanding di DUN Tanjong Dawai,” katanya lapor Warta Rakyat.

Shaiful Hazizy sebelum ini pernah menyatakan yang beliau tidak akan bertanding dalam PRN setelah tewas merebut kerusi Parlimen Merbok dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Beliau hanya meraih 16,691 undi di belakang calon Pakatan Harapan (PH), Nurin Aina yang mendapat 31,554 undi dan pemenang kerusi tersebut dari Perikatan Nasional (PN), Mohd Nazri Abu Hassan yang memperolehi 52,573 undi.

BN sebelum ini menangguhkan pengumuman calon bagi kerusi DUN tersebut.

Terdapat spekulasi mengatakan kerusi DUN itu turut dimahukan PH untuk mereka meletakkan calon dari Parti Amanah Negara (Amanah) di situ.