Muhyiddin tak jangka masalah kerajaan campuran sebesar ini

Secara zahir kerajaan campuran itu kelihatan utuh namun hakikatnya ia menanti masa untuk tersungkur.

0
150

BEKAS perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akui tidak menjangka masalah kerajaan campuran yang dihadapi hari ini selepas lebih tujuh bulan BN-PH bersama begitu besar.

Katanya, secara zahir kerajaan campuran itu kelihatan utuh namun hakikatnya ia menanti masa untuk tersungkur.

Orang ramai menghadiri Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri Sembilan Perikatan Nasional (PN), pada Ahad malam.

“Kita dah ada bilangan (untuk membentuk kerajaan) tapi kita tak setuju bersama kerajaan perpaduan kerana kita tahu akan ada masalah. Saya pun tak jangka (akan) ada masalah sebesar ini.

“…Dia (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) sudah merosakkan partinya sebab berpaut pada PH yang dalamnya ada DAP. Sejak bila UMNO dan DAP sebulu? Ini (kacau bilau) sudah berlaku, sudah timbul kacau bilau dalam kerajaan.

“Zahirnya nampak berpadu tapi tunggu masa saja akan terburai dan tersungkur jatuh. Sebab itu tiap-tiap hari perdana menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim buka mulut, saham jatuh, ringgit jatuh malahan bukan saja jatuh tapi orang tak percaya.

“Apabila kamu seorang pemimpin, tiap kali kamu bercakap kamu kena bercakap benar. Sekarang ini beliau…bercakap bohong,” katanya lapor AgendaDaily ketika berucap pada majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri Sembilan Perikatan Nasional (PN), malam ini.

Orang ramai menghadiri Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri Sembilan Perikatan Nasional (PN), pada Ahad malam.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Pengerusi PN berkata Zahid berpaut pada cikgunya, Anwar yang berkuasa demi menyelamatkan diri.

“Dia ada masalah. Ada 47 pertuduhan yang kena jawab…Berat. Dia kena fikir cara selamatkan diri. Dulu dia minta tolong dengan saya, tapi bila dia ada kes mahkamah, saya cakap ‘no’…tak boleh duduk dalam Kabinet.

“Tapi Anwar lantik jadi timbalan perdana menteri. Dia bermasalah. Mungkin nak selamatkan diri dia cari orang yang ada kuasa. Siapa ada kuasa? Cikgu dia. Siapa cikgu dia? Anwar Ibrahim. Anwar pun kata dia ada masalah. Kalau tak ada sokongan BN, dia (Anwar) tak jadi PM. ‘So I scratch ur back, you scratch my back’,” katanya.

Menurutnya lagi, UMNO yang dulunya memperjuangkan orang Melayu kini ‘hampir tiada’ di bawah pimpinan Zahid.

“Saya dalam UMNO lama, kami berjuang sejak dulu dalam UMNO sebab kami yakin UMNO untu Melayu, agama tapi hari ini, UMNO hampir tiada.

“BN terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC. Apa jadi MCA dan MIC? Tak pernah terjadi dalam sejarah MCA dan MIC tak tanding dlm pilihan raya..sebab tak ada kesepakatan dalam BN yang dipimpin Zahid,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here