Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Fadhli Shaari mahu pengundi pantau rapat aktiviti menteri pada PRN -

Fadhli Shaari mahu pengundi pantau rapat aktiviti menteri pada PRN

PEMUDA PN meminta semua pengundi yang terlibat dalam pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi agar memantau kehadiran menteri ke kawasan masing-masing.

Ketuanya Ahmad Fadhli Shaari berkata hal itu penting bagi mempersiapkan mereka dengan petisyen pilihan raya untuk dikemukakan kepada mahkamah selepas ini.

Katanya langkah itu sejajar dengan keputusan mahkamah terhadap petisyen yang dikemukakan BN ke atas keputusan bagi kawasan parlimen Kuala Terengganu baru-baru ini.

Justeru Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda PAS Pusat meminta orang ramai merakam serta mengambil video kehadiran menteri jika mereka terlibat menyampaikan sumbangan untuk dijadikan bukti nanti.

“Berdasarkan keputusan petisyen pilihan raya kawasan parlimen Kuala Terengganu, mana-mana menteri kerajaan persekutuan boleh dianggap sebagai ejen kepada calon PH-BN dalam PRN ini nanti.

“Mohon buat rakaman dan kumpulkan segala bukti jika mana-mana menteri kerajaan persekutuan hadir ke kawasan PRN dan menyampaikan apa-apa sumbangan untuk tujuan petisyen pilihan raya,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Pada 27 Jun lalu, Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu membatalkan kemenangan Ahli Parlimen PAS Ahmad Amzad Hashim di kawasan Kuala Terengganu pada PRU ke-15.

Hakim Mohd Firuz Jaffril membenarkan petisyen pilihan raya yang difailkan calon BN di kerusi Parlimen itu, Mohd Zubir Embong.

Menurut peguam Mohd Zubir berkata hakim antara lain memutuskan wujud unsur sogokan dalam pengagihan bantuan kewangan dari kerajaan negeri – menerusi inisiatif i-Belia dan i-Siswa – menjelang PRU berkenaan.

Turut difailkan BN ialah mencabar kemenangan dicapai Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang bagi kerusi parlimen Marang.

Bagaimanapun petisyen ke atas Abdul Hadi ditolak dan dia kekal sebagai ahli parlimen Marang.