Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pengerusi PH, BN tidak muncul perhimpunan mega di Selangor -

Pengerusi PH, BN tidak muncul perhimpunan mega di Selangor

PENGERUSI Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dilihat tidak munculkan diri pada perhimpunan bersama gabungan mereka malam ini yang diadakan sebagai sebahagian daripada usaha bagi menangkis serangan yang ditujukan oleh Perikatan Nasional (PN), yang turut mengadakan perhimpunan serentak bersama pemimpin utama hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menghadiri acara yang diadakan di Dataran Kemerdekaan di Shah Alam, kurang 1km dari perhimpunan PN di IDCC yang dihadiri oleh pemimpin tertinggi PN termasuk pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi PN Selangor Selangor Datuk Seri Azmin Ali. 

Ini berlaku meskipun terdapat bahan publisiti dan poster “Jelajah Mega Madani” PH yang menyenaraikan pemimpin tertinggi kerajaan dan parti pemerintah sebagai penceramah utama.

Setiausaha Agong DAP Anthony Loke turut tidak menghadiri program itu. 

Selangor dilihat sebagai negeri yang bakal menyaksikan pertempuran sengit pada pilihan raya negeri akan datang, yang akan membuktikan sama ada pengundi telah menerima kerjasama politik baharu antara PH dan BN, serta sama ada sebahagian besar sokongan Melayu masih dipegang PN.