PERIKATAN Nasional (PN) memuktamadkan rundingan kerusi dan mengesahkan bertanding di semua 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yasin, berkata BERSATU akan bertanding di 83 kerusi DUN, sementara PAS di 126 kerusi, sementara GERAKAN di 36 kerusi.
“Semua kerusi sudah dimuktamadkan. Di peringkat negeri, pengumuman akan juga dibuat nanti supaya ahli parti di negeri-negeri tahu untuk menyusun jentera supaya berjalan dengan lancar,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PN di sini, hari ini lapor BH.
Beliau berkata, setiap kepimpinan parti khususnya di peringkat negeri, akan menentukan kriteria calon-calon untuk dipilih bertanding dalam PRN akan datang.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.