Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bomba guna K9 kesan remaja hilang, SAR diteruskan pagi ini -

Bomba guna K9 kesan remaja hilang, SAR diteruskan pagi ini

DUA ekor anjing unit pengesan K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dikerahkan untuk operasi pengesanan seorang remaja yang hilang sejak petang semalam, di Kampung Tanjong Sejarah, Gerik, kira-kira 128 kilometer (km) dari sini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak Sabarodzi Nor Ahmad dalam kenyataan berkata operasi mencari mangsa berusia 17 tahun itu diteruskan pagi ini dalam radius dua km dari lokasi motosikalnya ditemukan petang semalam.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) menghadapi cabaran kerana jalan ke lokasi kebun getah terbabit agak sempit dan tiada liputan Sistem Komunikasi Bersepadu Kerajaan (GIRN),“ katanyanya.

Sabarodzi berkata mangsa kali terakhir dilihat oleh orang awam di Kampung Ulu Kenderong, Jalan Air Bertam, 9 pagi semalam.

Beliau berkata keluarga remaja menemukan motosikal dinaiki mangsa pada kira-kira 6 petang di dalam sebuah kebun getah yang jaraknya enam km dari pekan Gerik.

Katanya operasi pencarian pagi ini melibatkan kekuatan anggota seramai 82 orang termasuk polis, orang awam serta petugas majlis daerah dan pejabat daerah.

BERNAMA