‘Selfie’ selepas tumbuk pekerja kedai, 2 lelaki ditahan

0
161

POLIS hari ini menahan dua lelaki disyaki mencederakan pekerja kedai serbaneka sebelum mengambil swafoto bersama mangsa dalam kejadian di Bandar Rinching, Semenyih.

Ketua Polis Kajang Mohd Zaid Hassan berkata suspek yang berusia 31 dan 32 tahun ditahan berasingan di Seremban dan Sepang kira-kira jam 11.30 pagi dan 12.30 tengah hari.

“Suspek yang ditangkap masing-masing mempunyai satu rekod lampau melibatkan kes jenayah dan dadah,” katanya dalam kenyataan, lapor FMT.

Mohd Zaid berkata suspek disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera semasa melakukan rompakan.

Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.

Dalam kejadian kira-kira 5 pagi semalam itu, dua suspek berkenaan dikatakan membeli minuman sebelum seorang daripadanya mengambil tiga batang payung tanpa membuat sebarang bayaran.

Berang ditegur kerana tidak membuat pembayaran, seorang daripadanya menumbuk mangsa di bahagian muka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here