Laungan ‘bebas Najib’ di depan PM pada PAU 2023 dianggap janggal

0
153

KEHADIRAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 baru-baru ini dilihat janggal apabila ahli UMNO di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) melaungkan ‘bebas Najib’ kepada beliau.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, berkata perkara itu semakin ketara apabila Presiden UMNO menaikkan semangat dewan dengan menuntut ‘keadilan’ untuk Datuk Seri Najib Razak tetapi perwakilan pula mahu Najib dibebaskan.

“Apa yang membuatkan situasi itu lebih janggal apabila Datuk Nizar Najib, anak sulung kepada Najib berdiri dengan keadaan penuh emosi dan merayu kepada PM untuk membebaskan ayahnya,” katanya dalam rancangan podcast Keluar Sekejap.

Khairy berkata, beliau tidak menyalahkan Nizar dalam situasi itu, namun keadaan itu boleh menjadi amat janggal kepada Perdana Menteri.

Kenyataan itu disambut oleh bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan yang bersetuju keadaan itu boleh menjadikan Anwar tidak selesa.

“Sebagai ketua kerajaan, sudah tentu beliau tidak boleh dilihat terlalu agresif campur tangan dalam hal ini.

“Cara Anwar boleh campur tangan hanyalah melalui Lembaga Pengampunan yang mana kita tidak tahu bagaimana perjalanannya,” katanya.

Shahril berkata, perkara itu mungkin akan berterusan dan tidak selesai dalam masa terdekat.

“Selagi mana tidak dilihat dari sudut pandang UMNO keadilan untuk Najib, maka perkara ini akan menjadi satu isu panjang untuk Anwar,” katanya lapor BH.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here