Rafizi: Kadar inflasi Malaysia kekal sederhana pada 2023

0
189

KADAR inflasi Malaysia dijangka kekal menyederhana tahun ini berdasarkan apa yang ditunjukkan oleh data ekonomi untuk beberapa bulan akan datang, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Justeru, kerajaan optimis negara mampu mencapai sasaran inflasi antara 2.8 peratus dan 3.3 peratus pada 2023, katanya.

“Kami (kerajaan) akan terus fokus kepada meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan di peringkat komuniti tempatan dan naratif harga makanan yang dimasak haruslah sederhana,“ katanya kepada media selepas melancarkan Invest Fair 2023 di sini hari ini.

Menurut Rafizi, negara telah menyaksikan angka inflasi terkawal dengan 11 bulan berturut-turut inflasi menyederhanakan dengan memfokuskan pada beberapa siri langkah penstabilan.

“Ia adalah gabungan usaha. Ada yang berorientasikan pasaran dan ada yang bersifat asas (fundamental) tetapi secara keseluruhannya, kami menjangkakan aliran menurun ini akan berterusan sepanjang tahun,“ tambahnya.

Sementara itu, mengulas mengenai dasar monetari negara, Rafizi menyatakan Kadar Dasar Semalaman dan dasar monetari didorong oleh data jangka panjang dan data berasaskan bukti yang tersedia untuk Bank Negara Malaysia (BNM).

“Melainkan ia mula mencerobohi jaringan keselamatan sosial atau memberi impak semerta kepada ekonomi, maka kita akan mengadakan perbincangan dengan BNM.

“Sementara itu, kerajaan akan memantau bagaimana pasaran bertindak balas terhadap kemelut had hutang di Amerika Syarikat. Semoga ia dapat diselesaikan minggu depan,” katanya.

Bertemakan ‘Grow your money lahh!’’, Invest Fair 2023 selama dua hari itu menyaksikan lebih 50 penceramah pakar yang akan berkongsi pengetahuan mereka meliputi spektrum topik yang luas, termasuk tinjauan pasaran terkini, pandangan mendalam sektor serta topik berkaitan pelaburan.

BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here