Nurul Izzah dijangka tanding PRN P Pinang – Sumber

0
121

NAIB Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dijangka bertanding dalam PRN Pulau Pinang dan akan dilantik ke jawatan penting sekiranya Pakatan Harapan kembali berkuasa, menurut sumber.

Sumber yang enggan dinamakan berkata penyertaan Nurul Izzah dalam PRN itu boleh meningkatkan peluang partinya untuk mengekalkan kerusi di DUN dan membantu mendapatkan undi daripada golongan wanita.

“Beliau akan diamanahkan dengan portfolio penting dalam pentadbiran negeri sekiranya PH mendapat mandat daripada rakyat Pulau Pinang,” kata sumber yang rapat dengan seorang pemimpin PH, lapor FMT.

Pada PRU15 November tahun lalu, Nurul Izzah gagal mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dimenangi calon PAS, Fawwaz Mohamed, dengan majoriti 5,272 undi dalam pertandingan empat penjuru.

Nurul Izzah, anak sulung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah pengerusi bersama sekretariat badan penasihat khas kepada Kementerian Kewangan.

Masih belum jelas kerusi DUN mana antara 15 kerusi majoriti Melayu yang akan ditawarkan kepada Nurul Izzah untuk bertanding. Terdapat 40 kerusi di DUN Pulau Pinang.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dua minggu lalu berkata, DUN akan dibubarkan pada minggu ketiga atau keempat bulan Jun.

Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan juga dijadual membubarkan DUN mereka dalam dua minggu terakhir Jun ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here