Keputusan SPM 2022 akan dikeluarkan pada 8 Jun

0
195

SERAMAI 403,637 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2022 boleh menyemak keputusan masing-masing pada Khamis depan, 8 Jun 2023.

Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, susulan itu, calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan SPM Tahun 2022 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada tarikh tersebut.

“Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri di tempat calon mendaftar menduduki peperiksaan.

“Di samping itu, calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah seperti dalam talian dan sistem pesanan ringkas,” katanya sebentar tadi, lapor Kosmo!.

Jelas KPM, bagi semakan secara dalam talian, calon boleh menyemaknya menerusi pautan myresultspm.moe.gov.my bermula pukul 10 pagi, 8 Jun 2023 sehingga pukul 6 petang pada 14 Jun 2023.

“Bagi semakan secara sistem pesanan ringkas (SMS), calon perlu menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

“Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 8 Jun 2023 sehingga pukul 6 petang pada 14 Jun 2023,” jelasnya.

Seramai 403,637 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM Tahun 2022 di 3,355 buah pusat peperiksaan seluruh negara selain seramai 131,318 petugas peperiksaan dilantik bagi keseluruhan peperiksaan itu. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here