Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kapal pengangkut China ditahan di Johor, bawa peluru meriam Perang Dunia kedua. -

Kapal pengangkut China ditahan di Johor, bawa peluru meriam Perang Dunia kedua.

SEBUAH kapal pengangkut dari China yang membawa besi buruk dan peluru meriam berusia lebih 80 tahun yang digunakan ketika zaman Perang Dunia Kedua ditahan di Kota Tinggi semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Johor, Nurul Hizam Zakaria berkata berkata, Zon Maritim Tanjung Sedili pada mulanya menahan kapal itu di kedudukan 20.1 batu nautika timur Tanjung Siang kerana bersauh tanpa kebenaran Jabatan Laut pada 12.45 tengah hari.

“Mereka gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia ketika diperiksa bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan operasi rutin di perairan Johor timur.

“Hasil pemeriksaan, kapal itu dikendalikan 32 kru lelaki, termasuk nakhoda terdiri daripada 21 warga China, 10 warga Bangladesh dan seorang warga tempatan berusia 23 hingga 57 tahun.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kapal mendapati terdapat besi buruk peluru meriam disyaki mempunyai kaitan kes penemuan Unexploded Ordnance (UXO) di Tanjung Belungkor pada 19 Mei lalu,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, Maritim Malaysia akan bekerjasama dengan polis, Jabatan Laut dan Jabatan Warisan Negara untuk mengenal pasti peluru itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Katanya, Maritim Malaysia akan terus memantau dan memastikan perairan Johor timur bebas daripada aktiviti menyalahi undang-undang dan tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan lebih tegas.