Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kanak-kanak maut, tiga cedera kereta terbabas masuk gaung -

Kanak-kanak maut, tiga cedera kereta terbabas masuk gaung

SEORANG kanak-kanak lelaki maut manakala tiga lagi cedera selepas kereta Perodua Myvi yang dinaiki mereka terbabas dan jatuh ke dalam gaung sedalam dua meter, di Lebuhraya Bahau-Kerayong, dekat Bandar 15 Melati, pada Sabtu.

Mangsa, Muhammad Raziq Ramli berusia 11 tahun beralamat di Felda Kerayong 6, Muadzam Shah.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.20 pagi.

Susulan itu, katanya, seramai lapan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan laporan Komander Operasi, benar terdapat sebuah kereta Perodua Myvi terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung sedalam dua meter.

“Terdapat empat orang mangsa, dua lelaki dewasa dan dua kanak-kanak lelaki. Namun, salah seorangnya meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, keadaan mangsa tidak tersepit, dan pasukan Bomba menaikan mangsa menggunakan pengusung sebelum menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan lapor Astro AWANI.