Ahli penyokong DAP wajar undi calon UMNO dalam PRN-Teo

0
121

SEMUA ahli dan penyokong DAP di enam negeri yang akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, wajar memberi sokongan dan undi kepada calon UMNO demi masa depan yang baik untuk negara.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata mereka perlu mengetepikan sebarang perbezaan yang mungkin wujud sebelum ini bagi memastikan kestabilan politik di peringkat pusat dan juga negeri.

“Sekarang kami duduk dalam kerajaan perpaduan, jadi semua parti politik kerajaan yang bertanding dalam PRN perlu menang untuk pastikan kestabilan Kerajaan Perpaduan. DAP pasti mahu memenangi semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi, dan kami juga berharap rakan komponen seperti PKR, Amanah dan UMNO turut menang di kawasan mereka.

“Mandat daripada rakyat adalah penting, jadi sekiranya semua parti politik dalam kerajaan perpaduan boleh menang  besar, ini adalah satu tanda bahawa rakyat yakin dengan kemampuan dan pencapaian kami,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Larian Amal Putra IOI di sini hari ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital yang juga Naib Pengerusi DAP Johor itu berkata pihaknya akan terus menyantuni pengundi daripada pelbagai latar belakang seperti yang telah dilakukan sejak dahulu selain meminta sokongan diberi kepada calon-calon UMNO dalam PRN akan datang bagi mengelak kemenangan kepada pembangkang.

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dilapor berkata pengundi UMNO di enam negeri yang akan menghadapi PRN diminta memangkah calon DAP di kawasan masing-masing demi mengukuhkan Kerajaan Perpaduan.

— BERNAMA

 
SSR NBB NAM AZH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here