Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis kesan individu bantu siasatan kes dera bayi di taska -

Polis kesan individu bantu siasatan kes dera bayi di taska

POLIS sedang mengesan individu bagi membantu siasatan berhubung kes mendera bayi di sebuah taska di Mutiara Rini, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata pihaknya menerima satu laporan polis daripada orang awam susulan menerima satu video tular di WhatsApp.

“Video tersebut menunjukkan seorang perempuan telah mengasari seorang bayi yang umurnya tidak pasti.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di satu daripada taska di kawasan Mutiara Rini,” kata beliau dalam satu kenyataan ringkas, di sini, hari ini.

Beliau berkata orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu dikehendaki tampil ke bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Daerah Iskandar Puteri bagi membantu siasatan.

Semalam tular dua video di aplikasi WhatsApp yang menunjukkan seorang perempuan mengasari badan seorang bayi yang sedang menangis.

— BERNAMA