Bas ekspres rempuh belakang lori di lebuhraya, enam penumpang cedera

0
218

SERAMAI 26 penumpang bas ekpres melalui detik cemas apabila kenderaan yang dinaiki merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 257 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, Kuala Kangsar, awal pagi ini.

Daripada jumlah itu, enam orang mengalami kecederaan ringan ketika perlanggaran berlaku.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mereka menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 2.46 pagi.

Menurutnya, berdasarkan maklumat daripada pemandu bas ekpres, bas itu yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke KL Sentral telah terlanggar bahagian belakang sebuah lori.

“Terdapat enam orang mangsa telah mengalami kecederaan tetapi tiada mangsa tersepit,” katanya dalam kenyataan di Kuala Kangsar, lapor Astro AWANI.

Menurutnya lagi, anggota bomba memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum menghantar mereka ke hospital dengan jentera EMRS dan ambulan Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, bas tersebut dipercayai menghadapi masalah brek dan pemandu dikatakan terpaksa melanggar pembahagi jalan bagi mengelakkan risiko kemalangan lebih teruk.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Saiful Hanif Mahmad Ayub tamat jam 3.40 pagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here