Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kanak-kanak enam tahun pandu kereta: Polis tolak dakwaan ada unsur mistik -

Kanak-kanak enam tahun pandu kereta: Polis tolak dakwaan ada unsur mistik

POLIS menolak dakwaan terdapat unsur mistik dalam kejadian kanak-kanak lelaki berusia enam tahun memandu kereta milik keluarganya sebelum terbabit dalam kemalangan di Jalan Kampung Bukit Tangga, Langkawi, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata berdasarkan siasatan, kanak-kanak itu mengetahui fungsi pedal minyak dan gear kereta yang dipandunya.

“Kanak-kanak itu juga menunjukkan cara menghidupkan enjin apabila disuruh oleh pihak polis serta juga telah menunjukkan bagaimana dia menurunkan brek tangan dan memandu kereta itu.

“Pemeriksaan kamera papan pemuka juga mendapati pemanduan kereta itu tidak stabil dan sedikit memasuki laluan bertentangan. Jadi, polis menolak sebarang unsur mistik seperti yang telah ditularkan di laman media sosial,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Shariman berkata kanak-kanak itu telah dibawa ke Balai Polis Trafik Langkawi oleh ibu bapanya yang datang ke balai berkenaan untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu.

Semalam, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di Langkawi dikesan memandu Toyota Vios sejauh kira-kira 2.5 kilometer sebelum melanggar tiang lampu.

Kanak-kanak itu luka di bahagian dagu manakala adiknya yang turut menaiki kenderaan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

— BERNAMA