Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Gantung tugas menteri di bawah peraturan sama ke atas pegawai kerajaan -

Gantung tugas menteri di bawah peraturan sama ke atas pegawai kerajaan

JEMAAH menteri dan ahli Parlimen yang terlibat dengan kes rasuah dan salah guna kuasa perlu digantung tugas di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Pengerusi Pertubuhan Aspirasi Wanita Malaysia (ASWA), Wan Azliana Wan Adnan berkata, ia kerana peraturan tersebut hanya terpakai kepada pegawai kerajaan.

“Mereka yang sedang disiasat atau didakwa di mahkamah boleh digantung kerja sekiranya terlibat dengan kes tatatertib.

“Sepatutnya peraturan yang sama terpakai buat menteri, tetapi jika dilihat senario pada hari ini seakan tidak terjadi kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik individu terlibat kes rasuah sebagai Timbalan Perdana Menteri,” katanya lapor Sinar Harian.

Pada 13 April lalu, Ketua Pesuruhjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan setiausaha sulit dan pegawai tugas-tugas khas kepada Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar Sivakumar ditahan.

Pegawai tugas-tugas khas beliau ditahan selepas dipercayai bertindak sebagai ‘runner’ bagi mengutip rasuah daripada ejen tertentu untuk diberikan kuota pengambilan pengambilan pekerja asing.

Tambah Wan Azliana, tindakan menggantung beberapa pegawai tersebut merupakan langkah yang tepat kerana bersesuaian dengan peraturan tersebut.

Menurut beliau, sekiranya perbuatan itu didapati benar maka ia tidak boleh dipandang mudah memandangkan segala urusan yang melibatkan kerajaan tidak boleh mengambil sebarang ‘upah’ atau habuan.

“Isu membanteras rasuah tidak seharusnya dijadikan retorik tetapi apabila melihat ada jemaah menteri dalam kalangan kluster mahkamah keadaan akan bertambah parah lebih-lebih lagi ia melibatkan integriti negara,” katanya.