PAS sokong Proklamasi Orang Melayu

0
121

PRESIDEN PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin PAS menandatangani ‘Proklamasi Orang Melayu’ semasa mengadakan pertemuan dengan pengasasnya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Memetik laporan Agenda Daily, pendedahan dibuat di akaun Facebook Proklamasi Orang Melayu, hari ini.

“Ini kita balik kepada prinsip asal perjuangan Islam itu sendiri, kalau kita baca al-Quran kita dapati Rasul memulakan perjuangan Islam walaupun untuk seluruh manusia – tonggaknya pada bangsa dan kaumnya.

“Kerana perjuangan memerlukan tonggak bangsa baru ada kekuatan, kalau tidak tidak ada kekuatan. Bukan kita fanatik kaum, tetapi itu asas,” kata Abdul Hadi melalui klip video yang dimuatnaik.

Turut kelihatan Naib presiden PAS Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan penolong setiausaha agung Shahir Sulaiman.

Ahad lalu, Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa yang juga bekas ahli UMNO turut menyatakan sokongan terhadap proklamasi tersebut.

Pada 19 Mac lalu, Dr Mahathir mahu menganjurkan himpunan orang Melayu namun terpaksa dibatalkan selepas lokasi-lokasi perhimpunan tersebut dibatalkan tempahannya.

Beliau kemudiannya melancarkan kempen tersebut secara dalam talian pada hujung Mac untuk memberi kesedaran kepada orang Melayu akan agenda perjuangan bangsa dan tanah air

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here