Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pergolakan di Sudan: RSF umum genjatan senjata 72 jam sempena Aidilfitri -

Pergolakan di Sudan: RSF umum genjatan senjata 72 jam sempena Aidilfitri

PASUKAN separa tentera Rapid Support Forces (RSF) Sudan mengumumkan gencatan senjata selama 72 jam bermula 6 pagi (waktu tempatan) Jumaat sempena Aidilfitri.

“Gencatan senjata itu bertepatan dengan Aidilfitri yang penuh barakah…dan membuka koridor kemanusiaan untuk memindahkan penduduk serta memberi peluang untuk menyambut hari raya bersama keluarga mereka,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan RSF di Twitter.

Dalam kenyataan itu, RSF turut mengesahkan komitmen mereka terhadap gencatan senjata itu.

Pertempuran meletus pada Sabtu lalu antara Tentera Sudan (SAF) dan RSF di Khartoum dan kawasan sekitar.

RSF menuduh SAF menyerang tenteranya di selatan Khartoum. Pihak SAF pula mendakwa RSF menyebarkan pembohongan dan melabelkan pasukan separa tentera itu sebagai ‘pemberontak’.

Sudan tidak mempunyai kerajaan yang berfungsi sejak Oktober 2021, selepas tentera memecat kerajaan peralihan pimpinan Perdana Menteri Abdalla Hamdok dan mengisytiharkan darurat. – Bernama