Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Menyamar sebagai penumpang agar pemandu bas berwaspada - JPJ -

Menyamar sebagai penumpang agar pemandu bas berwaspada – JPJ

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melakukan penyamaran sebagai penumpang bas terutamanya yang menuju ke destinasi jauh serta mengambil masa perjalanan yang panjang sempena Op Bersepadu yang bermula 19 hingga 27 April ini.

Pengarah JPJ Sarawak Norizan Jili berkata penyamaran ini dibuat secara rawak supaya pemandu bas di Sarawak berwaspada setiap masa dan mematuhi peraturan jalan bagi mengelakkan sebarang kemalangan pada musim perayaan.

“Berdasarkan penyamaran yang kita buat tahun lepas, JPJ ada mengeluarkan beberapa saman namun atas kesalahan yang tidak kritikal seperti merokok sahaja.

“Selain itu, orang awam juga boleh membuat aduan kepada JPJ sekiranya pemandu bas memandu dalam keadaan yang membahayakan supaya boleh diambil tindakan,” katanya selepas melakukan pemeriksaan mengejut di Terminal Bas Kuching Sentral di sini, hari ini.

Norizan berkata hari ini JPJ Sarawak menjalankan pemeriksaan serentak di seluruh terminal bas utama seperti Sibu dan Miri yang turut disertai oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi membantu melaksanakan sesi saringan ujian air kencing terhadap kesemua pemandu bas.

Selain itu, katanya JPJ turut melakukan sekatan jalan raya di 52 lokasi kerap mengalami kemalangan dan akan menjalankan pemeriksaan terhadap pembonceng motosikal memandangkan kes kemalangan maut melibatkan motosikal.

— BERNAMA