Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Sukarelawan kumpul, agih makanan tidak terjual kepada golongan memerlukan -

Sukarelawan kumpul, agih makanan tidak terjual kepada golongan memerlukan

SEKUMPULAN sukarelawan mengambil inisiatif untuk mengumpulkan makanan yang tidak terjual daripada peniaga Bazar Ramadan dan mengagihkannya kepada isi rumah berpendapatan rendah.

Inisiatif yang dilancarkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Gema, bertujuan mengelakkan pembaziran makanan sepanjang bulan puasa ini.

Menurut data kerajaan, kira-kira 112,000 tan makanan dibazirkan di Malaysia pada Ramadan tahun lalu.

Dalam tempoh tiga minggu pertama, Gema berjaya mengumpul 20 tan makanan yang tidak terjual dari bazar Ramadan di Kuala Lumpur, kata sukarelawan Umi Kelathun Abd Ghani kepada Reuters, sambil menambah organisasi itu menjalankan inisiatif ini di seluruh negara. 

Setelah dikumpulkan, makanan akan ditimbang dan dibungkus semula sebelum dihulurkan kepada mereka yang memerlukan. 

“Membazir jika rahmat sebegini dibuang begitu sahaja. Berkat usaha (sukarelawan) ia dapat membantu golongan berpendapatan rendah untuk makan,” kata Abawiah Salleh, seorang penerima di Kuala Lumpur, lapor MalaysiaNow.

Malaysia dijangka menyaksikan peningkatan sebanyak 15% sampah sewaktu bulan puasa dan menjana hampir 20 tan sisa makanan setiap hari, menurut angka kerajaan. 

Bulan Ramadan akan berakhir minggu ini, dengan Hari Raya Aidilfitri dijangka disambut pada hujung minggu.