Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Keputusan rayuan ke sekolah khusus esok -

Keputusan rayuan ke sekolah khusus esok

KEPUTUSAN penawaran serta penempatan murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 kategori Rayuan ke Sekolah Khusus bagi sesi 2023/2024 dikeluarkan esok (20 April), demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

Sekolah khusus terbabit adalah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan bagi kategori rayuan itu, seramai 1,783 murid Tingkatan 1 dan 404 murid Tingkatan 4 ditawarkan ke SBP manakala 1,886 murid Tingkatan 1 dan 971 murid Tingkatan 4 ditawarkan ke SMKA.

Semakan keputusan boleh dibuat melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my bagi Tingkatan 1 dan https://spskt4.moe.gov.my bagi Tingkatan 4.

— BERNAMA