Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pemuda Pas kecam laman Facebook hina Kaabah, buat laporan polis besar-besaran -

Pemuda Pas kecam laman Facebook hina Kaabah, buat laporan polis besar-besaran

Oleh NAZIR HELMI

1.Pemuda PAS mengecam dengan penuh kehinaan terhadap perbuatan hina Page FB yang menggunakan nama Zunar Cartoonist Fan Club, yang mengaitkan Kaabah yang menjadi lambang kesucian umat Islam dengan dendam dan sindirian terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.

2.Ternyata gambar yang bersifat ‘troll’ ini tanpa ada rasa kemuliaan kepada Kaabah dan kesucian Islam oleh pelukis ini adalah suatu bentuk provokasi yang melibatkan kesucian agama Islam.

3.Pemuda PAS akan menggerakkan laporan polis besar-besaran terhadap pelukis dan admin page Zunar Cartoonist Fan Club atas penghinaan ini apatah lagi umat Islam sedang menyambut bulan mulia Ramadan.

4.Sensitiviti ini gagal difahami dan dihayati oleh pentaksub Pakatan Harapan kerana nilai agama seolah bukanlah mustahak bagi mereka sehingga sanggup menjadikan lambang kemuliaan agama ini sebagai bahan mainan bagi menjentik emosi musuh politik ketika pihak kerajaan gagal memberi justifikasi kehadiran PMX ke Arab Saudi.

Penulis ialah Ketua Penerangan Pemuda Pas Malaysia