Penjawat awam di Belanda dilarang guna TikTok untuk tugasan rasmi

0
237



KERAJAAN Belanda akan mengharamkan penggunaan aplikasi perkongsian video China TikTok pada telefon yang digunakan untuk tugasan rasmi, lapor media tempatan pada Selasa.

Sejumlah 140,000 penjawat awam Belanda hanya boleh menggunakan “aplikasi yang diluluskan,” bermakna “aplikasi sensitif pengintipan” tidak lagi dibenarkan, lapor Agensi Anadolu memetik NL Times.

“Persoalan yang dibangkitkan di parlimen dan perkembangan antarabangsa baru-baru ini mendorong kami membuat penilaian dengan berhati-hati,” kata Setiausaha Kerajaan Negeri Alexandra van Huffelen dalam suratnya kepada parlimen.

Perkhidmatan Perisikan Am dan Keselamatan Belanda (AIVD) baru-baru ini memberi amaran tentang “risiko tinggi pengintipan” daripada negara yang mempunyai program siber yang menyasarkan Belanda dan kepentingannya.

Amerika Syarikat, United Kingdom (UK), Kanada dan Belgium serta institusi Kesatuan Eropah (EU) sebelum ini mengharamkan pemasangan aplikasi itu ekoran kebimbangan terhadap keselamatan data yang mungkin diakses oleh China.

— BERNAMA-ANADOLU

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here