Ka Siong gesa Deepak buat laporan polis jika ada pihak menyamar

0
129

AHLI Parlimen Ayer Hitam Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menyeru Deepak Jaikishan untuk membuat laporan polis jika benar ada individu yang menyamar dan menggunakan namanya untuk membuat ugutan terhadap dirinya (Wee). 

Wee berkata beliau menerima dua panggilan daripada individu bernama Deepak mewakili J&E Advance Tech Sdn Bhd yang meminta Wee membuat kenyataan memohon maaf berhubung kenyataannya di Dewan Rakyat semalam, berkaitan isu import bekalan telur. 

“Sekiranya Deepak merasakan ada orang yang menyamar atas namanya dan membuat pangilan kepada saya, saya menyeru agar Deepak membuat laporan polis bagi membersihkan namanya,

“Saya sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan akan mendedahkan segala bukti yang sedia ada. Biarlah PDRM siasat perkara ini dengan bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta syarikat telco,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Wee berkata beliau lantang menyuarakan perkara berkaitan isu pengimportan telur kerana menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here