Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Banjir di Johor semakin surut, mangsa berkurangan kepada 31,680 orang -

Banjir di Johor semakin surut, mangsa berkurangan kepada 31,680 orang

KEADAAN banjir di Johor dilihat semakin surut dengan jumlah mangsa banjir menunjukkan pengurangan kepada 31,680 orang setakat 8 pagi ini berbanding 33,254 orang pada 8 malam tadi.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBM) tiga daerah masih terlibat dengan banjir iaitu Batu Pahat, Segamat dan Muar melibatkan 8,992 keluarga yang ditempatkan di 107 pusat pemindahan sementara (PPS).

“Batu Pahat mempunyai paling ramai mangsa iaitu sebanyak 31,581 orang diikuti Segamat 75 orang dan Tangkak 24 mangsa,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Seketariat Pengurusan Bencana Daerah Batu Pahat memaklumkan cuaca baik dijangka di daerah itu dengan ramai mangsa dijangka boleh pulang ke kediaman masing-masing.

Tinjauan Bernama juga mendapati paras air di beberapa kawasan di daerah itu semakin surut dan ramai mangsa juga telah mula membersihkan kediaman masing-masing terutama menjelang Ramadan minggu depan.

— BERNAMA