MENTERI Pendidikan, Fadhlina Sidek memberi jaminan tidak akan timbul isu kenaikan harga makanan di kantin sekolah.
Tegasnya, harga makanan di kantin sekolah adalah berdasarkan garis panduan dan perjanjian antara pengusaha dan pihak sekolah.
“Kementerian mengambil perhatian mengenai isu kos yang dibangkitkan dan sebagainya tetapi perlu melihat kepada kepada garis panduan itu serta perbincangan dengan pihak sekolah,” katanya lapor Sinar Harian.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan seminar kejurulatihan sukan dan melancarkan takwim Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Tahun 2023, di sini pada Rabu.
Fadhlina ditanya kebimbangan ibu bapa kemungkinan harga makanan di kantin meningkat menjelang sesi persekolahan bermula minggu hadapan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.