Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kerajaan patut boleh jimat RM1 bilion untuk mangsa banjir, tegur Muhyiddin -

Kerajaan patut boleh jimat RM1 bilion untuk mangsa banjir, tegur Muhyiddin

KERAJAAN mampu menyelamatkan dana sebanyak RM1 bilion daripada wang yang diperuntukkan untuk penambahan RM500 ke dalam akaun pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),  kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Peruntukan itu sebaliknya boleh digunakan untuk menyelamatkan mangsa-mangsa banjir, katanya dalam ucapan perbahasan Belanjawan 2023.

“Sebenarnya, pencarum tak mohon suntikan RM1 bilion ini tapi mereka hanya mohon untuk KWSP mereka dibenarkan untuk dikeluarkan secara bersasar. 

“Kalau itu diluluskan, kerajaan boleh menyelamatkan RM1 bilion dan boleh bagi pada kawasan-kawasan yang hadapi banjir yang teruk untuk digunakan untuk selamatkan mangsa-mangsa yang ada,” katanya di Dewan Rakyat hari ini, lapor MalaysiaKini.

Sewaktu pembentangan Belanjawan 2023, Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan untuk menambah RM500 ke dalam Akaun 1 pencarum KWSP berumur antara 40 dan 54 tahun yang mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000, dengan jumlah peruntukan RM1 bilion.