Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis tahan pelakon disyaki tumbuk isteri di R&R -

Polis tahan pelakon disyaki tumbuk isteri di R&R

PELAKON yang dipercayai menumbuk isterinya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh ditahan polis, semalam bagi membantu siasatan kes itu.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki berusia 29 tahun terbabit ditahan kira-kira 12 tengah hari ketika hadir di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Bagaimanapun, katanya, pelakon itu dibebaskan dengan jaminan polis sebaik selesai diambil keterangan pada petang hari sama.

“Setakat ini, polis sudah mengambil keterangan mangsa, dua saksi dan suspek.

“Polis kemungkinan akan memanggil semula mangsa untuk diambil keterangan lanjut hari ini,” katanya, lapor Harian Metro.

Beliau berkata, polis juga sudah mendapatkan laporan awal perubatan mangsa dan disahkan mangsa mengalami kecederaan di pipi.

Selain itu, kata beliau, polis akan mendapatkan perintah mahkamah sementara pada esok, bertujuan menghalang suami daripada melakukan perbuatan sama terhadap mangsa sementara siasatan dijalankan polis.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.