Empat rumah musnah dalam kebakaran di Taiping

0
223

EMPAT rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Taman Pertama, Aulong dekat Taiping pagi tadi. 

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Taiping berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9. 01 pagi dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping dibantu BBP Bagan Serai dan Kamunting bergegas ke lokasi kejadian. 

“Sebaik tiba, empat rumah kelas B berkeluasan 60×20 sedang terbakar dan operasi mengawal kebakaran segera dilakukan agar tidak merebak ke rumah lain. 

“Ketika operasi, anggota bomba berdepan cabaran besar iaitu angin bertiup kencang dan kami gunakan dua aliran 200 kaki (60.96 meter) empat pancutan bersumberkan pili bomba dan berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata pemeriksaan lanjut mendapati empat rumah musnah dengan peratusan kebakaran 80 hingga 95 peratus. 

“Tiada mangsa cedera dalam kejadian ini dan pihak bomba masih menyiasat punca kejadian dan anggaran kerugian belum dapat dipastikan,” katanya.

— BERNAMA  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here