Lima gerai di Medan Selera Sri kendong terbakar

0
280

LIMA daripada keseluruhan 15 gerai di Medan Selera Sri Kendong, Kota, Seremban yang dipercayai beroperasi lebih 10 tahun musnah dalam kebakaran pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Ahmad Hafezze Mat Junoh berkata 16 anggota dari Balai Bomba Kota dan Tampin digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira 5.14 pagi.

“Dua unit gerai terbakar sepenuhnya manakala tiga lagi terbakar 80 peratus. Api merebak terlalu cepat disebabkan angin yang kuat ketika itu, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 7.27 pagi,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here