Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lelaki kurang siuman maut dipukul, 12 pelajar tahfiz ditahan -

Lelaki kurang siuman maut dipukul, 12 pelajar tahfiz ditahan

SEORANG lelaki kurang siuman maut dipercayai dipukul oleh sekumpulan pelajar tahfiz di sebuah masjid di Pulau Melaka, di sini pada Ahad.

Ekoran kejadian tersebut, seramai 15 pelajar tahfiz ditahan bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, tiga darinya telah dihantar pulang.

Seorang tenaga pengajar yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku apabila lelaki berkenaan mengamuk dan membakar jubah milik pelajar serta mengganggu mereka.

“Semasa kejadian saya tiada, namun dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

“Pada masa sama, lelaki itu telah bertindak memukul seorang tukang masak wanita berusia 60-an yang kebetulan melalui kawasan kejadian,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Menurut dia, pengawal keselamatan kemudian cuba menangkap lelaki tersebut yang ketika itu sedang mengamuk dan melawan.

Ujarnya, pelajar tahfiz turut sama membantu menangkap lelaki tidak siuman itu.

Dia memberitahu, selepas berjaya diberkas, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada warden untuk diserahkan kepada pihak polis.

“Semasa mereka hendak serahkan kepada pihak berkenaan lelaki tersebut berada dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya.