Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tol percuma sempena Tahun Baru Cina 20 dan 21 Januari -

Tol percuma sempena Tahun Baru Cina 20 dan 21 Januari

DATUK Seri Anwar Ibrahim  hari ini mengumumkan tol percuma kepada semua kelas kenderaan sempena Tahun Baharu Cina.

Ketika membuat pengumuman pada sidang media di Putrajaya, Perdana Menteri , berkata tol percuma itu boleh dinikmati pengguna lebuh raya di seluruh negara pada 20 dan 21 Januari ini.

“(Ada) berita baik (untuk Tahun Baharu Cina). Untuk itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi) dan Menteri Pengangkutan (Datuk Seri Anthony Loke) sudah mengambil inisiatif berbincang dengan syarikat konsesi dan setuju supaya ditiadakan tol bagi 20 dan 21 Januari.

“Ia untuk memudahkan kerana ramai rakyat yang akan pulang ke kampung bukan saja (masyarakat) Cina tetapi juga Melayu, India dan yang lain,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet, hari ini.

Berita Lanjut Menyusul