DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan tol percuma kepada semua kelas kenderaan sempena Tahun Baharu Cina.
Ketika membuat pengumuman pada sidang media di Putrajaya, Perdana Menteri , berkata tol percuma itu boleh dinikmati pengguna lebuh raya di seluruh negara pada 20 dan 21 Januari ini.
“(Ada) berita baik (untuk Tahun Baharu Cina). Untuk itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi) dan Menteri Pengangkutan (Datuk Seri Anthony Loke) sudah mengambil inisiatif berbincang dengan syarikat konsesi dan setuju supaya ditiadakan tol bagi 20 dan 21 Januari.
“Ia untuk memudahkan kerana ramai rakyat yang akan pulang ke kampung bukan saja (masyarakat) Cina tetapi juga Melayu, India dan yang lain,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet, hari ini.
Berita Lanjut Menyusul
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.