Sorakan ekor Harimau Malaya disambut baik pasukan Thailand

0
290

PASUKAN bola sepak Thailand meraikan penyokong Malaysia sebaik perlawanan peringkat separuh akhir kedua berakhir di Stadium Thammasat malam tadi.

Perkara itu dikongsi melalui rakaman sebuah video yang dimuat naik di laman Twitter rasmi AFF Mitsubishi Electric Cup malam tadi.

Melalui video tersebut dilihat kumpulan penyokong Malaysia dikenali sebagai Ultras Malaya menyanyikan lagu ‘Sawadeekap Thailand’ di hadapan pemain-pemain Thailand.

Nyanyian itu juga diiringi tepukan oleh barisan pemain Thailand yang diketuai Theerathon Bunmathan.

Ultras Malaya menyanyikan lagu ‘Sawadeekap Thailand’ mendapat perhatian seluruh dunia (Sumber: FIFA)

Malah, video tersebut turut meraih pujian Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata penyokong Thailand mengucapkan terima kasih selain memuji semangat kesukanan penyokong Malaysia.

“Thailand dan Malaysia rakan baik, penyokong Malaysia sangat baik hati. Semoga selamat sampai di Malaysia dan teruskan menyokong Thailand dalam perlawan akhir. Terima kasih dari penyokong Thailand,” kata Dynana.

“Terima kasih penyokong Malaysia, ini sangat comel,” kata Pantong.

“Tindakan baik dari Malaysia dan Thailand. Sayang sekali peminat Indonesia takkan buat begini,” seloroh Kai.

“Terima kasih penyokong Malaysia,” kata Ruetaitip, lapor Kosmo!.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 200,000 kali. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here