Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
17 motosikal disita dalam operasi polis di Jambatan PUlau Pinang -

17 motosikal disita dalam operasi polis di Jambatan PUlau Pinang

POLIS menyita 17 motosikal kerana pelbagai kesalahan dalam Ops Motosikal yang dijalankan di lorong motosikal Jambatan Pulau Pinang, Pulau Pinangmalam tadi.

Menurut polis Pulau Pinang menerusi hantaran di Facebooknya, operasi bersepadu melibatkan pihak polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang itu dilakukan bermula pukul 9 malam tadi hingga 2 pagi ini.

“Operasi dijalankan sempena sambutan ambang tahun baharu dan pihak polis menyita 17 motosikal mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, di samping mengeluarkan 187 saman kerana pelbagai kesalahan lalu lintas,” menurut kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu turut memaklumkan KPJ mengeluarkan 150 saman kerana pelbagai kesalahan manakala JAS pula mengeluarkan Notis di bawah Sek 48A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Ujian Bunyi) terhadap 10 kenderaan.

Operasi itu yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pulau Pinang Supt Zafri Zolkapli dan ia akan diteruskan hingga awal pagi esok dalam usaha membendung samseng jalanan dan kegiatan lumba haram.

— BERNAMA