Reen Rahim selamat bergelar isteri

0
675

DENGAN sekali lafaz, pelakon, Reen Rahim, 34, sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, 28, tepat pukul 9.05 malam tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Reen, Abdul Rahim Abdul Kadir di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim.

Reen atau nama sebenarnya, Noreen Ashikin Abdul Rahim menerima mas kahwin RM1,988 dan sedulang emas.

Pada majlis itu, rombongan keluarga pengantin lelaki membawa lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pengantin perempuan.

Kira-kira 400 tetamu terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak hadir menyaksikan majlis pernikahan bertemakan rona putih di Boraombak, Marina Putrajaya.

Majlis lebih bermakna apabila pasangan yang berkenalan sejak dua tahun lalu, mendapat tajaan RM15 juta daripada pelbagai pihak bagi keseluruhan majlis yang berlangsung selama tiga hari.

Pasangan itu akan diraikan dalam majlis resepsi di Ruscus Hall Forest Valley, Bandar Mahkota Cheras, malam esok.

Reen turut mengadakan majlis malam berinai bertemakan Bollywood di sebuah villa di Hulu Langat, semalam lapor Utusan Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here