Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Buruh didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak 10 tahun -

Buruh didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak 10 tahun

SEORANG buruh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini atas pertuduhan melakukan amang fizikal seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, 10 Disember lalu.

Tertuduh yang berusia 56 itu bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Jean Sharmila Jesudason.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang fizikal ke atas mangsa berusia 10 tahun empat bulan dengan maksud seksual memegang dada kanak-kanak tersebut di sebuah rumah di Mukim Guar Kepayang, jam 8.40 malam 10 Disember, lapor Astro AWANI.

Kes didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dihukum dengan hukuman sebat.

Difahamkan tertuduh yang tidak diwakili peguam itu mempunyai hubungan persaudaraan dengan mangsa.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Negeri Kedah, Nor Syaliati Mohd Sobri memohon mahkamah memberikan jaminan sebanyak RM15,000 kepada tertuduh mengambil kira kesalahan dilakukan serius kerana mangsa merupakan kanak-kanak.

Sementara itu tertuduh dalam rayuannya menyatakan mempunyai tanggungan manakala isterinya hanya bekerja kampung.

Jean Sharmila kemudian menetapkan wang jaminan sebanyak RM13,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh juga tidak boleh menganggu mangsa sehingga kes selesai dan perlu hadir setiap tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan.

Mahkamah menetapkan 19 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.