Banjir masih serius, 256 PPS tempat tinggal sementara 36,231 mangsa

0
277

SITUASI banjir di Terengganu tidak banyak berubah pagi ini apabila 36,231 mangsa daripada 9,739 keluarga masih ditempatkan di 256 pusat pemindahan sementara (PPS), di seluruh negeri ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Kemaman kekal daerah paling terjejas dengan 7,364 mangsa daripada 1,971 keluarga masih berada di 24 PPS.

“Seramai 6,672 mangsa daripada 1,587 keluarga pula berada di 66 PPS di Besut,” katanya di Kuala Terengganu, hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, sebanyak 41 PPS masih beroperasi di Dungun dengan 6,186 mangsa daripada 1,619 keluarga masih berlindung.

Tambah beliau, Hulu Terengganu masih mempunyai 5,954 mangsa daripada 1,976 keluarga yang berada di 47 PPS.

“Seramai 3,895 mangsa daripada 988 keluarga masih berada di 17 PPS di Kuala Nerus.

“Sebanyak 13 PPS yang mempunyai 2,863 mangsa daripada 751 keluarga masih dibuka di Kuala Terengganu,” katanya.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, Setiu pula masih mempunyai 2,375 mangsa daripada 622 keluarga.

Beliau berkata, seramai 922 mangsa daripada 255 keluarga berada di 12 PPS di Marang, lapor Kosmo!.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here