Ronald pertikai status 4 wakil rakyat GRS, cadang usul percaya ditangguh

0
177

SEORANG wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) hari ini mencadangkan supaya usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan selama 21 hari.

Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) menjelaskan bahawa penangguhan itu penting disebabkan status empat Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang menyokong kerajaan, dipertikaikan.

“Perbezaan kedudukan yang berlaku hari ini, adalah lazimnya sebelum ini (tiada masalah) tetapi dengan akta antilompat parti, maka perbezaan ini mesti diperjelaskan.

“Ini membawa kepada keabsahan kedudukan Yang Amat Berhormat Tambun (Anwar) dalam proses undi percaya kerana kedudukan empat Ahli Parlimen ini dipertikaikan disebabkan akta antilompat parti,” katanya membahas usul undi percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini, lapor BH Online.

Berita lanjut menyusul.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here