Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Hujan berterusan diramal landa Kedah hingga Rabu -

Hujan berterusan diramal landa Kedah hingga Rabu

HAMPIR keseluruhan daerah di negeri ini dijangka mengalami hujan lebat berterusan sehingga Rabu ini.

Pengarah Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abdul Aziz, berkata daerah terbabit adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, pokok Sena, padang Terap Yan, Pendang, Sik dan Baling.

Beliau berkata, selain itu daerah Kuala Muda dan Kulim-Bandar Baharu pula, hanya amaran hujan berterusan dijangka sehingga 21 Disember ini.

“Daripada analisis model cuaca luruan monsun yang sedang berlaku ini dijangka berterusan sehingga 24 Disember nanti.

“Keadaan ini berpotensi membawa angin kencang, ombak besar serta hujan di barat dan timur Semenanjung,” katanya seperti dilaporkan BH Online.

“Untuk amaran laut sebelah barat Semenanjung iaitu perairan Selat Melaka utara dan Phuket pula tiada amaran dikeluarkan setakat ini.

“Maksudnya angin itu sekitar 20 hingga 30 kilometer sejam dan ombak setinggi satu hingga 1.5 meter saja,” katanya.

Muhammad Khalil berkata, berdasarkan pemerhatian pihaknya, beliau menjangkakan cuaca dijangkakan akan bertambah baik.