Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tanah runtuh: Tiga warga Singapura ditemui selamat -

Tanah runtuh: Tiga warga Singapura ditemui selamat

KEMENTERIAN Luar (Wisma Putra) mengesahkan tiga warga Singapura ditemui selamat dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali, awal pagi semalam.

Kementerian dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kerajaan Malaysia bertindak pantas dalam memastikan semua yang terjejas akibat tragedi itu diberi bantuan segera.

“Marilah kita semua berdoa untuk keselamatan mangsa yang terjejas dan mereka yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat,” menurut kenyataan itu.

Wisma Putra turut merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam insiden tragis berkenaan.

Kejadian tanah runtuh yang berlaku pada 2.42 pagi Jumaat melibatkan 94 individu termasuk pekerja tapak perkhemahan.

Setakat malam tadi, 12 orang dilaporkan hilang manakala 21 disahkan terkorban daripada keseluruhan 94 mangsa dalam kejadian itu. – Bernama